Minyak Wangi Pengasih Aura Rizqin About - AURA RIZQIN

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad, ahli keluarganya, para sahabat dan yang berjuang di sisi Baginda sallallahu alaihi wasallam.

“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.” Surah Asy-Syu’araa’ [26:80]

Pusat Rawatan Islam Rizqin merupakan satu pusat yang menyediakan beberapa kaedah dalam ilmu kerohanian seperti ilmu kerezekian, ilmu pendinding diri dan ilmu pengasihan. Selain itu, kami juga menawarkan beberapa khidmat rawatan seperti rawatan gangguan makhluk halus, rawatan pengasihan, rawatan memudahkan jodoh dan sebagainya.   Usaha dan rawatan kami sebagai salah satu penawar untuk penyakit tetapi penyembuh mutlak hanya terletak pada Allah Yang Maha Penyembuh.

Rizqin bermaksud rezeki kurniaan Allah. Umum mengetahui dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini, Allah telah memberi panduan kepada manusia untuk mendapat keberkatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat dengan berpandukan ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki HALAL yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah.

Objektif utama pusat rawatan ini ditubuhkan adalah sebagai langkah bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk mendalami kaedah rawatan Islam dan sekali gus mereka boleh membantu diri sendiri, keluarga dan seterusnya masyarakat.

 

PENGASAS RIZQIN

Hj. Ezwan Mokhtar merupakan pengasas Rizqin, seiring dengan penubuhan Pusat Rawatan Islam Rizqin ini. Hj. Ezwan seorang pakar dalam menarik kejayaan dan impian melalui Hukum Tarikan dan hipnosis.  Melalui teknik-teknik tersebut, ia memberikan keamanan fikiran yang maksimum dan dapat mengubah minda kepada pemikiran yang lebih positif. Hj. Ezwan mengembangkan lagi ilmunya dengan gurunya, Ustaz Haji Shahrin Abd Rahman dalam bidang perubatan Islam dan ilmu kerohanian.